Cerita Ita: Gunung Belumut                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Gunung Belumut

Spa kaki percuma di Gunung Belumut !

Assalamualaikum semua, dua minggu lepas kami berpeluang jenguk orang tua di kampung.. saja balik sebab anak-anak dah sibuk cakap rindu nak balik kampung.. kebetulan pulak ada cuti panjang sikit.. jadi kami ambiklah kesempatan balik jugak..  anak-anak bergambar di pintu masuk Gunung Belumut padahal hari Rabu tu kami diuji kereta ada masalah.. terpaksa baiki hari Khamis tu.. bila dah siap baiki, hati rasa tak sedap nak balik malam Jumaat tu.. betul rupanya.. mujur kami tak gerak malam tu.. kalau tidak entahlah apa jadi kalau dia buat hal tengah jalan..  elok je kereta dah ok,  kami pun gerak balik.. tapi bila balik kampung dari rumah di waktu siang ni banyak pulak tempat nak menyinggah.. sudahnya kami sampai malam jugak kat rumah mak abah..  macam biasa la bila balik tu meriah la rumah mak sekejap.. sempat jugak shah ikut adik beradik aku mencari ketam di Mersing.. ada la habuan sikit untuk makan sekeluarga.. rezeki belangkas pun ada tau.. sukalah shah...

pendaki felda berjaya...

assalamualaikum semua, alhamdulillah 2-3 hari lepas ada baca pasal kejayaan anak-anak FELDA berjaya menawan Gunung Everest... dan hari ni sorang lagi melengkapkan cabaran... berbangga sekejap sebagai salah sorang dari anak FELDA... meh kita baca cerita diorang jom... cerita pada 21 Mei 2013 cerita hari ni... NEPAL: Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, menjadi pendaki terakhir sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter pada kira-kira jam 7.41 pagi waktu Nepal (9.55 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Kejayaan dikongsi bersama sherpa yang mengiringinya pada ketika itu. Kejayaan Siti Hanisah mungkin menjadikannya wanita Islam termuda kedua di dunia berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia. Pendaki Ekspedisi Everest FELDA 2013 itu sebelum ini terpaksa berpatah balik selepas tiba pada ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan, Isnin lalu. Beliau ketika itu berada di Kem 4 pada ketinggi...