Assalamualaikum semua, tetiba pulak baru teringat nak kongsikan pasal kami pergi makan Pizza Dominos sempena kempen It's All About You baru ni.. memang betul la meraikan betul kempen ni sebab kami makan pun pasal semua anak-anak je ni.. dan tepat sangat la dengan kempen It's All About You kan.. Makan Pizza Dominos sempena Kempen It's All About You apa je kami tempah masa makan tu sampai banyak menimbun tinggi tu kan.. hahaha.. kalau dah jenis mak-mak yang nak raikan anak-anak tapi poket ada bersyarat ginilah rupanya tau.. kena la tengok hari yang sesuai.. pada masa sesuai dan menu yang sesuai.. maka dengan berhemahnya aku pilih Pizza Dominos untuk anak-anak! Bertimbun pizza depan mata kebetulan la memang memasing ni penggemar pizza Dominos jadi memang detik yang ditunggu-tunggu la kiranya ni haa.. korang tengok je la muka kakak syafiah (dia suruh panggil syafiah pulak sekarang ok.. no more husna) bila aku kata ambik gambar dulu baru boleh makan...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.