Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan Assalamualaikum semua, korang sihat ke? hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga berbelanja di Jalan Jalan Japan dalam entri syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan.. apa tu Jalan Jalan Japan? eh kalau aku tulis mesti ada yang nak tanya apa benda la yang aku sebut ni.. Jalan Jalan Japan ni sebenarnya adalah pusat perniagaan barang-barang terpakai dari Jepun yang dikumpulkan dan dijual semula di Malaysia melalui premis yang berada di Malaysia.. di Malaysia tau.. bukan di Jepun walaupun namanya Jalan Jalan Japan.. Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan Tapi serius la.. masa aku menulis ni pun boleh tersenyum lagi tau sebab membayangkan seronoknya berbelanja kat sini.. kiranya kalau korang masuk tu kalau setakat nak luangkan masa sejam tu memang tak cukup la.. sebab kami pergi sini paling kurang pun 3 jam.. itu pun tak cukup jugak nak pusing tengok semua barangan yang ada dijual kat sini.. Jalan Jalan Japan di KIP Mall Masai ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.