Cerita Ita: asrama                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel asrama

Cara bersihkan permukaan seterika yang melekat

assalamualaikum semua, baru ni aku ada cerita pasal buat papan seterika ajaib DIY dan kali ni nak cerita pasal seterika lagi.. minggu seterika agaknya ek.. haha.. korang pernah tak kena bila guna seterika.. dia ada kesan melekat dekat seterika tu? pastu bila korang guna je yang kesan melekat tu pulak melekat kat baju korang? dan yang paling tak best bila jadikan baju korang tu jangkit sama melekat-lekit? ada pernah kena macam ni tak? nampak tak kesan yang melekat-lekit tu? aku jamin orang yang pernah duduk asrama memang pernah la mengalami keadaan macam ni.. lelagi la bila musim hujan.. atau masa korang dah lambat lepas tu korang hidupkan je seterika tu terus korang gosok kan ? yang harunya terus melekat baju kat seterika tu kan ? dan seterusnya mengecutkan kain dengan sekelip mata.. dan hasilnya korang merenung kain dengan perasaan menyesal ? hahaha.. ok aku pernah kena ok..  dan sekarang ni pun ada jugak kejadian seterika melekat ni melibatkan baju anak-anak...

Skill tegangkan cadar

Assalamualaikum semua, Hari ni aku bersiaran dari Melaka.. ada kursus panjang kat sini.. tapi sunyi sepi pulak rasa bila suara anak-anak yang biasa riuh rendah.. mula dari malam tadi aku dah mula termenung panjang.. dah la duduk di asrama ni pulak.. dan kelmarin aku dah pasang cadar dan sarung bantal di asrama macam kat bawah ni.. tegang tak katil aku ni?...hihi Haaa.. sebut pasal asrama ni teringat pulak kenangan zaman sekolah dulu-dulu.. dulu aku pernah sekolah asrama selama 5 tahun sebelum masuk ke universiti.. dan antara kenangan yang tak dapat lupakan ialah setiap kali ada spot check untuk check katil.. hahaha... korang yang duduk asrama ada kena macam aku tak dulu? Biasanya warden la yang buat spot check.. apa sangat la yang diperiksa pun sebenarnya.. Cuma tengok cara kita tegangkan cadar tu elok ke tak.. katil berkemas ke tak.. tapi sebenarnya bila dah terbiasa buat hari-hari setiap bangun pagi sebelum ke sekolah tu korang akan rasakan tu salah satu rutin ...