Cerita Ita: berhijrah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berhijrah

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...