Cerita Ita: blueberry cheesecake                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel blueberry cheesecake

Blueberry Cheesecake? Menyampah...

salam sejahtera semua, aku nak cerita ni, hari ahad lepas aku ada buat majlis berbuka puasa atau potluck dengan adik beradik shah kat rumah kami... memang meriah la sambutan tu... berbuka ramai-ramai kan? tapi kami lupa pulak nak ambik gambar... tambah pulak masa tu tengah ada final badminton olimpik... terusss lupa... tapi bukan pasal tu aku nak cerita..... pasal kek ni haa..... mengancam kan? aku pinjam gambar dari kawan aku Faiz .. dia memang rajin buat kek dan jual... aku pun dengan rajinnya la nak mengodeh cheesecake pulak untuk acara makan-makan ni... tapi sila bayangkan kejadian yang berlaku ok..... pejam mata dan bayangkan.... baru je aku panaskan susu dan cairkan cream cheese pastu butter.... mula dah drama... adik beradik berdua tu dah mula bergaduh... shah keja time aku buat ni...kena berkejaran pulak aku jadi pengadil tak rasmi... kalau pengadil olimpik tu takpe gak dapat gak elaun... ini pengadil perlawanan gusti yang takde lesen... gedebuk muka pengadil pulak...