Cerita Ita: buku                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buku

Koleksi Buku Terbaru

Koleksi Buku Terbaru Koleksi Buku Terbaru Assalamualaikum semua, sebelum nak cerita pasal koleksi buku terbaru aku nak imbas semula kisah kami. Tarikh 30hb September 2021 akan sentiasa berada dalam lipatan sejarah kami sekeluarga. Waktu tu kami masih tinggal di Johor Bahru dan kami diuji dengan musibah banjir.  Semua barang kami habis rosak dan musnah akibat banjir. Korang boleh baca entri blog aku pasal banjir kat cerita banjir . Waktu tu hati bukan kepalang lagi rasa sedih sebab semua koleksi buku-buku yang aku simpan bertahun-tahun semuanya rosak. Hanya 3 buah buku je yang selamat.  Yang lain tu kami terpaksa longgokkan dan jual semuanya ke pembeli surat khabar lama bersama buku sekolah anak-anak. Habis semuanya. Dapatlah RM20 untuk semua buku dan kertas yang membukit macam kat bawah ni. Sedih kan? Timbunan buku yang dibuang ketika banjir Trauma bila kehilangan sesuatu yang kita sayang tu tak dapat nak dikata. Baru ni aku berasa ada semangat semula nak kumpulkan buku-buku b...

Menang hadiah novel tempat pertama!

assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal aku menang hadiah novel hari tu.. sebenarnya ini cerita penghujung tahun lepas cuma disebabkan hadiahnya baru sampai awal tahun jadi kita cerita dalam blog tahun ni la kan.. tapi biasa je sebenarnya dalam ceritaita ni akan ada flashback.. lelagi la bila waktu sibuk tapi tetap nak coretkan jugak sebagai ingatan dan kenangan dalam blog Ceritaita ni.. Menang hadiah novel tempat pertama!  Aku menang hadiah novel ni sebab aku masuk pertandingan yang dianjurkan oleh The Ulat Buku.. pertandingan mengulas buku.. tak kira apa buku pun korang boleh je nak ulas.. dan aku hantar 2 penyertaan.. nantilah aku ingat nak letak jugak ulasan buku tu kat blog ni nanti.. tengok kalau line internet baik hari ni, aku akan cuba letakkan hari ni.. kalau tak baik macam semalam,  mungkin terpaksa tangguhkan lagi..  semalam entah kenapa line telefon jadi tak berapa baik.. tengah elok bercakap dengan mak aku kat telefon te...

Terjebak dengan Goodreads!

Terjebak dengan Goodreads! assalamualaikum semua, siapa antara korang yang suka buku macam aku? atau yang sememangnya ulat buku? kalau ada korang wajib baca entri ni terutamanya kalau korang memang tak pernah dengar pasal Goodreads ni.. pasal aku dah terjebak dengan Goodreads ! hahaha.. ini semua angkara Lea Azleeya la ni.. haru betul!  aplikasi Goodreads kalau nak tau aku ni sememangnya ulat buku.. suka sangat dengan buku.. banyak buku aku ada sejak dari zaman sekolah.. tapi masa zaman sekolah kan aku ni orang susah jadi mana la nak dapat buku-buku yang biasanya aku nak baca dan beli.. kalau ada pun cuma buku-buku lama yang biasanya dijual dengan harga yang agak murah.. pernah sekali masa aku sekolah aku dapat peluang pergi ikut rombongan dengan rombongan sekolah ke Dewan Bahasa dan Pustaka.. masa tu rasa best gila walau aku dah banyak lupa pengalaman masa kecik tu.. cuma yang aku ingat aku ada beli sebuah buku sebagai cenderahati.. tapi memang buku murah la ...

Review Novel : Teori X

assalamualaikum semua, ada tak kalangan korang yang suka sangat bila jumpa buku ? kalau dapat jadi jenis macam aku simpan pun jadilah walau tak baca pun ? haha.. aku kategori tu tau.. tapi bila dapat peluang baca buku.. lebih "syurga dunia" lagi rasanya tau.. memang tak ingat dunia la kalau dapat buku best.. dan kali ni aku nak cerita pasal buku yang baru je aku abiskan baca.. Teori X ! Teori X Teori X : Novel wajib baca ! sebenarnya secara jujurnya aku memang tak pernah baca lagi karya penulis Sha Hanim Ramli ni.. dan masa awal-awal aku tengok muka depan novel ni aku rasa aku tak dapat lagi nak bayangkan apa isinya.. tapi bila aku dan baca bab pertama terus rasa macam taknak berenti baca tau.. best gila !  kalau korang jenis macam aku yang suka berangan ala-ala aku termasuk dalam novel yang aku baca memang patut baca buku ni.. cara penulisannya boleh membuat pembaca sama tertarik dan rasa berada dalam penulisan tu sendiri..  Teori X ni berkisar tentan...

peneman sepanjang jalan

assalamualaikum semua, masih dalam perjalanan ke port dickson ni... ditemani buku kat bawah ni di sepanjang perjalanan... semoga perjalanan kami diselamatkan oleh Allah pergi dan pulang..amin... p/s ala topeng muka untuk jerebu tertinggal pulak..

Mendidik anak perempuan..

assalamualaikum semua, aku nak kongsikan buku yang sangat baik untuk mendidik anak dan diri sendiri sebagai perempuan.. harga pun tak mahal..cuma rm18.50 di kedai buku PTS..dan juga kedai-kedai yang menjual buku pts.. p/s sambil pam susu untuk anak..tenang je layan buku ni...

Keraguan Munasabah...sebab aku menghilang...

assalamualaikum semua, berebut kitorang balik rumah ni pasal nak tengok hantu kak limah balik rumah kat tv3 malam ni...ini semua hassan mutalib la punya pasal ni...ke penulis skrip dia....? hihi.... terserempak pulak dengan kemalangan kat tanjung lumpur tadi...tak tau apa yang berlanggar cuma nampak orang tolak motor dan ada ambulans bergerak menghala ke bandar...tapi nampak gak kesan tayar atas pembahagi jalan kat depan restoran santai tadi... nak cerita sikit sebab aku hilang 2-3 hari ni....haaa...ini la sebabnya....buku berhantu ni haa....yang aku beli dengan harga cuma rm5 kat PTS baru ni....berbaloi-baloi.... pasal gi PTS tu aku cite nanti-nanti ye....sekarang nak cite pasal buku ni... bagi sesiapa yang dulu minat nak jadi peguam tapi tak jadi atau nak jadi penyiasat tak jadi gak cam aku ni elok la korang baca buku ni... buku ni dah keluar tahun 2008 lagi..huh rugi tak beli awal-awal...cuma 305 mukasurat je tu tapi cukup menyebabkan aku tak lena tidur....lepas ni mesti ...

The Big Bad Wolf Book Sale 2012. Pesta Buku Terbesar di Dunia?

salam sejahtera semua, baru sempat nak update dah petang-petang hari ni... korang pernah dengar pasal sale luarbiasa oleh The Big Bad Wolf tak? aku dapat tau dari minggu lepas lagi.... macam sangat menarik.... bila aku pergi like facebook dia.... Memang sangat menarik! baru ni diorang baru je abiskan misi penjualan buku selama 63 jam tanpa henti... gila arrr... suka betul aku dengar... cuma jauh je tak boleh nak pergi.... tapi takpe aku tetap aim nak pergi dalam minggu depan ni... harap-harap banyak lagi yang berbaki daripada 3 juta buku yang hendak dijual tu....Pesta buku ni berlangsung di Mines Convention Centre dari 7 hingga 23 Disember 2012, setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam... The Big Bad Wolf Book Sale 2012 untuk sesiapa yang nak maklumat lanjut boleh pergi SINI dan SINI .... juga boleh like facebook BBWBS .... meh kita layan gambar di sekitar penjualan bukur terbesar ni.... Dirakam pada sekitar jam 1 pagi! Pelbagai Buku pada 75%-95% dis...

aku hampir tak percaya...

salam sejahtera semua, tengok tajuk tu...  nampak....? aku nak cerita pasal ni.... nampak siapa yang komen tu.....? kat entry SINI tau..... bila kak liza komen je hati berbunga-bunga dan rasa jam-jam ni jugak nak balik bukak buku resepi tu tengok apa yang boleh dimasak hari ni... hahaha.... itu pun kalau anak-anak tak buat ragam la kan.... sejak aku beli buku ni.... memanjang je buku ni ada kat rak tingkat atas tu... elok je dia kat situ... pasal belum ada masa nak belek-belek resepi yang boleh buat pun... ditambah pulak dengan rumah aku ni yang dapurnya ala-ala tukang masak bidan terjun... korang nak apa je bahan... sebut je la.... pendek kata semua takde.... hahaha... itu tandanya aku masak main campak dan taram je tau.... kalau korang yang jenis makan nak semua rasa ada dan cukup, sila jangan datang rumah aku.... hihi... gurau je tu... ayat sebenar.... sila bawak makanan siap dimakan sendiri-sendiri ye....

"Curi-Curi Suka" Giveaway

salam sejahtera semua, nak menumpang tuah kejap ni.... kot la ada nasib kat SINI ... meh la join sama... sebelum tarikh tutup 16 september ni..... p/s lama dah tak baca buku-buku santai ni...