Cerita Ita: cabaran menulis                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cabaran menulis

Cabaran Menulis Day 9 : Write About Your Happiness

Tuliskan Tentang Kegembiraan Kamu Assalamualaikum semua, cabaran menulis dah masuk hari yang ke 9 pulak kali ni.. Kalau sesiapa yang perasan dalam senarai aku tulis aritu tertinggal hari yang ke 9 ni.. Tapi aku masukkanlah jugak. Cabarannya meminta aku menulis mengenai kegembiraan aku. Bila baca tajuk ni, otak semua jadi blank.. Apa nak cerita ek? Apa yang aku nak tulis pasal kegembiraan? Dia macam terus jadi takde idea. Padahal sepatutnya ianya menjadi sesuatu yang sangat mudah ditulis, betul tak? Bukan cerita benda sedih pun.. tapi benda yang gembira. Kenapa pulak aku jadi macam susah nak tulis kan? Happiness untuk Gembira atau Bahagia? Dari awal lagi macam ada sedikit kekeliruan bila kita direct translate dari bahasa Inggeris ni. Ada yang kata happiness tu untuk kegembiraan, ada yang kata ianya lebih merujuk kepada kebahagiaan. Korang rasa yang mana satu? Kalau tanya aku, aku lebih suka guna gembira.. sebab bila kita gembira kita akan rasa bahagia jugak kan? Banyak Detik Gembira Seb...

Cabaran Menulis Day 8 : The Power of Music

Kuasa Muzik Assalamualaikum semua, tajuk cabaran menulis hari ni agak menarik jugak. The Power of Music atau maksudnya dalam Bahasa Melayu ialah Kuasa Muzik. Bunyi macam begitu sastera kan? Haha.. aku sebenarnya sangat sukakan tajuk ni sebab aku sangat sukakan muzik. Tapi sebelum kita cerita pasal kuasa muzik dalam hidup aku marilah kita ke maksud sebenar Kuasa Muzik tu dulu. Maksud Sebenar The Power Of Music Maksud sebenar Kuasa Muzik ni sebenarnya ialah muzik yang mampu memberi kegembiraan dan ketenangan. Mengapa muzik boleh memberikan ketenangan? Sebenarnya dengan mendengar muzik boleh menyebabkan kita menghasilkan 3 bahan kimia dari badan iaitu dopamin, serotonin dan oxytocin. Ketiga-tiga hormon ini boleh menyebabkan kita rasa lebih senang dan tenang. Dengan muzik juga, kajian menunjukkan muzik mampu mengurangkan anxiety, tekanan darah, rasa sakit dan juga boleh meningkatkan kualiti tidur, membaiki mood, meningkatkan kesedaran mental dan juga kecerdasan memori. Muzik juga bole...

Cabaran Menulis Day 7 : Favorite Movie

Filem Kegemaran Assalamualaikum semua, sampailah kita ke tajuk yang agak best dalam cabaran kali ni. Filem Kegemaran adalah tajuk bagi cabaran menulis kali ni. Sesuai dengan kisah hidup aku sendiri yang agak mencabar sejak dari kecil aku lebih sukakan filem yang jalan ceritanya bukan biasa-biasa. Kerana itu aku jatuh cinta dengan 1 filem yang sentiasa menjadi filem kegemaran aku. The Pursuit of Happyness Filem yang diterbitkan pada tahun 2006 ni sangat memberi kesan waktu aku menontonnya. The Pursuit Of Happyness dilakonkan oleh Will Smith dan anaknya Jaden Smith sangat-sangat menyentuh perasaan. Penceritaan yang penuh dengan emosi ada dalam cerita ini. Sinopsis The Pursuit of Happyness Filem ini berkisarkan mengenai watak seorang jurujual yang dibintangi oleh Will Smith yang gigih menjalani hidup yang sangat sukar sebagai seorang jurujual mesin scanner dan kemudiannya mengorak langkah sebagai seorang broker saham. Dia kemudiannya menempuh hidup sebagai bapa tunggal yang membesarkan an...

Cabaran Menulis Day 6 : Single and Happy

Bujang dan Gembira Assalamualaikum semua, disebabkan nak kejar hari yang banyak tertinggal di belakang. Kita mungkin akan ada 2 blogpost cabaran menulis ni pada satu hari yang sama. Mungkin la nanti di hujung-hujung ke kan.. Kali ni tajuk dia agak mencabar. Kena ceritakan pasal benda yang dah lepas. Kisah semasa bujang dan gembira.  lupa dah gambar ni diambil di mana..  Bujang Masa baca tajuk je aku dah macam tiba-tiba 'blank'.. tiba-tiba tak berfungsi otaknya.. sebab banyak perkara waktu aku bujang tu aku dah lupa atau nak dilupakan kisahnya. Aku malas nak ingat. lebih-lebih lagi kisah di zaman kegelapan dulu. Eloklah benda tu semua dilupakan dari sejarah kehidupan. Lebih lagi kalau boleh aku tak mau anak-anak tau waktu kisah maknya sedang lalai satu ketika dulu diungkit-ungkit dalam lipatan sejarah. Biarlah ianya terus menjadi sejarah yang taknak kuulang lagi. Jadi Pengajaran Tapi setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya kan? Jadi aku perlu jadikan ianya satu pengajar...

Cabaran Menulis Day 5 : Your Parents

Ibubapamu Assalamualaikum semua, tajuk kali ni agak menarik. Rasanya aku dah banyak jugak berkongsi pasal mak dan abah dalam blog ni.. tapi ianya tidaklah terlalu menyeluruh sebab ada benda yang tak perlu dikongsikan pun. Ditambah lagi abah aku bukanlah seorang yang suka kisahnya dicanangkan merata-rata. itu juga antara sebab aku tak menulis tentang kisah abah sakit dulu.. tapi nak jugaklah bercerita pasal 2 manusia berjasa yang menjadikan aku manusia berumur 44 tahun hari ini.. Kenali Kedua Ibubapaku Tapi disebabkan cabaran menulis hari ni adalah kisah mengenai ibubapa. Marilah kita cerita serba sedikit mengenai ibubapa aku setakat yang aku tau dan kenal. Mana tau kalau-kalau dengan menulis ni akan bertambah-tambah doa tanpa putus dari semua yang membaca buat kedua orang tuaku ini. Abah Nama sebenar abah ialah Abd Rahman bin Mohd Ali. Abah lahir pada 5 hb Disember tahun 1951 dan dibesarkan di Kota Tinggi, Johor. Ya umur abah akan mencecah 72 tahun tahun ni.. alhamdulill...

Cabaran menulis Day 4 : Place You Want To Visit

Tempat Yang Ingin Dilawati Assalamualaikum semua, wah.. kita dah sampai ke tajuk yang agak best bagi orang yang kuat berangan-angan..haha.. aku paling suka karang penulisan dari cambahan idea angan-angan.. jadi apa dia pengisian bagi cabaran penulisan 30 hari kali ni iaitu tempat yang ingin dilawati.. aku ada banyak sangat senarai bila sebut tempat yang nak dilawati ni.. ianya sentiasa menjadi angan-angan yang belum lagi tercapai.. Marilah aku senaraikan tempat-tempat yang aku teringin nak pergi ni.. Dalam Negara Aku siap ada senarai tempat untuk dalam negara dan luar negara yang aku nak lawat.. Senarai dalam negara ni agak penting sebab banyak lagi tempat yang kami sekeluarga belum berpeluang nak jejakkan kaki lagi. Kalau ikutkan aku ni sejenis kaki berjalan jugak.. tapi apakan daya kami ni kurang sikit dari segi kemampuan kewangan.. maklum sajalah bila dah ada anak ramai dan dikategori kan sebagai keluarga besar ni kena aturkan semuanya harus mengikut bajet yang telah kami tetapkan.....

Cabaran Menulis Day 3 : A Memory

Sebuah Memori terima kasih Abg yang sentiasa ada Assalamualaikum semua, dah tertinggal beberapa hari dah cabaran menulis ni haa.. tapi tetaplah kita sambung ya.. takde paksaan pun sebenarnya nak buat Cabaran Menulis 30 Hari ni.. jadi kalau terlambat sehari dua tu abaikan je la..janji kita teruskan cabaran ni jugak.. Kenangan yang tak dapat dilupakan Kalau nak diikutkan task kali ni paling susah tau nak buat.. dia bukannya susah sebab apa pun.. sebabnya dalam banyak-banyak kenangan atau memori yang ada dalam kehidupan ni setelah mencecah 44 tahun ni, kau hanya perlu pilih satu memori yang hendak diceritakan dan ditulis. Itu yang jadi sangat mencabar tu.. Jadi itu jugak antara sebab cabaran hari ketiga ni lambat hendak ditulis.. susah benar ya membuat pilihan.. Dan setelah dihitung pelbagai kisah kenangan dalam kehidupan aku sepanjang 44 tahun dipinjamkan nyawa oleh Allah ni.. ada satu kisah yang menjadi memori kenangan yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila la.. Memori Yang ...

Cabaran Menulis Day 2 : Things That Makes You Happy

Benda Yang Buat Kau Gembira Assalamualaikum semua,  dalam dunia ni ada banyak benda boleh buat hidup aku gembira sebenarnya.. sebabnya macam aku tulis dalam entri Cabaran Menulis Day 1 : Describe Your Personality   semalam la.. aku ni simple/mudah je orangnya.. Jadi nak gembirakan aku pun sangat mudah.. Tapi nak lagi mudah aku senaraikanlah 3 benda teratas yang boleh buat aku gembira.. benda yang tak perlukan kos mahal dan mudah nak dapat di mana-mana.. asalkan kau ada sedikit kerajinan ya..  1. Aiskrim @ Ais kisar Ada ke yang pelik aku tulis ni? Aku sangat suka aiskrim atau ais kisar. Sukanya kalau dapat makan benda sejuk-sejuk macam ABC semua tu.. Dulu-dulu ada kedai nama ice room.. suka aku makan ais kisar dia yang cair je di mulut..  Teringat kisah setiap kali mengandung.. dari kandungan pertama dulu masa mengandungkan Abg Long aku akan cari aiskrim setiap hari ok.. dulu-dulu pulak duduk PJJ dengan Shah dan aku akan balik rumah jalan kaki.. Jadi setiap har...

Cabaran Menulis Day 1 : Describe You Personality

Terangkan Personaliti Anda Assalamualaikum semua, ayat dekat atas ni dah jelas tunjuk suruh terangkan personaliti aku sebagai tajuk cabaran menulis di hari pertama ni. Jadi apa yang boleh aku gambarkan pasal personaliti aku yang sebenar di mata aku sendiri ni? Kena susun ikut point kot bagi lebih terang dan jelas. 1. Simple / Mudah Aku sebenarnya orang yang sangat mudah dalam segala hal. Kalau boleh aku taknak buat semua kerja-kerja rumit yang terutama kerja yang sangat menyusahkan dan meletihkan. Setiap apa yang aku buat pastinya aku akan pastikan benda tu jadi lebih mudah sehinggakan aku tak perlu nak fikir atau bazirkan masa untuk buat. Dari segi berpakaian sampailah ke urusan harian. Tapi aku tak nafikan la dengan sifat aku yang sukakan semua benda mudah ni kadang-kala aku terlalu mengambil mudah tentang perkara lain dan juga perasaan orang lain tanpa sengaja. Ianya memang termasuk dalam kelemahan diri aku yang aku pun sedar. 2. Pemalu Tak ramai yang kenal sifat sebenar aku ia...