assalamualaikum semua, sunyi dan lengang sangat Kuala Lumpur hari ni.. mungkin sebab cuti panjang hingga ke hari isnin di kebanyakan tempat sempena perayaan Krismas agaknya kan.. dan kebetulan kami pun masih bercuti di Kuala Lumpur buat masa ni.. Lempeng Kelapa dengan Kari Daging bukan bercuti untuk suka-suka pun tapi ada urusan keluarga yang lebih penting.. ada aku ceritakan dalam entri sebelum ni.. pasal pembedahan abah. . tapi ada la jugak bawak anak-anak singgah jalan-jalan.. nanti aku ceritakan ok.. dan kali ni aku nak kongsikan resipi lempeng kelapa yang aku pernah tunjuk gambarnya di instagram Cerita Ita sebelum ni.. Resipi Lempeng Kelapa Cerita Ita Bahan-bahan Tepung gandum Kelapa parut garam secukup rasa minyak masak air secukupnya *kalau nak tau bahan-bahan ni aku agak-agak je penggunaan dia.. Cara-cara 1. Campurkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang cair sikit macam korang nak buat lempe...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.