Cerita Ita: cuti sekolah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cuti sekolah

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!

assalamualaikum semua, aku nak sambung kisah cuti sekolah anak-anak pulak kali ni.. ada waktu sebelum masuk kerja ni kita manfaatkanlah masa yang ada.. jadi marilah kita update blog.. tengok tajuk mesti rasa seram kan.. haha.. maklumlah berkubang tu biasanya untuk kerbau je orang guna kan.. tapi kali ni aku kata berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best..  takkan kerbau pegi sekolah pulak kan.. hahaha.. dah pastilah ni aktiviti anak-anak bukan kerbau tau..  Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!  kalau nak tau bagi yang tak biasa kalau area tempat aku dibesarkan istilah berkubang tu lebih kepada merujuk aktiviti mandi di sungai atau parit yang berair la.. kalau sungai atau parit kering takde air tu tak pernah pulak kami panggil berkubang.. berkubang ni merupakan aktiviti kegemaran waktu kami kecik dulu.. selalunya memang tak rupa orang la kalau lepas balik berkubang.. tapi secara jujurnya aku yang anak perempuan masa tu selalu kena tinggal tau.. lelaki ...

Aktiviti Cuti Sekolah

assalamualaikum semua, dah nak masuk 3 minggu abg long dan abg ngah di kampung atuk dia di johor.. kami tinggal diorang pada 30hb bulan lepas dan patutnya ambik minggu depan 27hb tapi 4hb dah rasa macam nak gi ambik semula..haha..tak boleh betul la... ini pun semalam abg ngah dah menangis taknak letak telefon..dah rindu sangat..sibuk kata saya nak ikut ummi dengan ayah dengan adik una..alahai anak..apa kan daya..johor tu bukan dekat nak oiii... dan kami buat keputusan balik jugak minggu ni untuk ambik diorang.. sekarang ni pulak tengah musim hujan..risau jugak hati ni..hujan berterusan sejak malam kelmarin..cuma kadang-kadang lebat dan kadang-kadang gerimis.. harapnya dipermudahkan urusan kami nanti.. p/s ummi, ayah dan adik-adik pun dah rindu sgt dgn abg ngah dgn abg long..kakak sampai suka sgt pegi rumah mak long sampai taknak balik..dia rindu nak main dengan abg2.. lainkali tak payah tinggal la.. :'(

cutikan saya..

assalamualaikum semua, semua orang masih kerja dan bersekolah ke esok? atau dah ada yang bercuti? abg long masih kena sekolah esok..ada pengagihan bantuan persekolahan RM100 esok... aku pun masih kena keja... shah je off esok.. jadi dia kena kemas baju nak bawak balik kampung... hahaha... hari ni jem teruk kat kuantan ni... shah lambat ambik aku.. kena ambik abg long dulu... kesian pulak kalau dia lama-lama kat transit... takde kawan kat situ...aku kat opis sorang-sorang takpe.. kunci pintu terus buat kerja kat dalam ni..aman je... pelik kan tajuk kat atas tu? ini cerita dialog ibu dan anak lagi la macam biasa... cerita di malam isnin... abg long : ummi... aku : ye sayang... ada apa? abg long : ummi cutikan saya je la ye... aku : kenapa pulak? abg long : ummi cutikan saya la... kita balik kampung... jumpa atuk...saya dah rindu atuk... aku : laaa...mana boleh..abg long kena sekolah... minggu ni sekolah kejap je..lepas tu cuti.. baru kita balik kampung jumpa atuk...

ni la kejanya kalau anak bujang...

assalamualaikum semua, hari lambat pulak menulis....sesedar dah maghrib dah hari....kejap je masa berlalu.... rumah kami masih lagi hujan dan kuantan jugak masih hujan cuma sekejap lebat sekejap renyai....tapi masih bersyukur hujan tak lebat macam semalam...dan kalau lebat pun tak berpanjangan....kalau tak mesti kami dah berkayuh dalam besen besar dah masa ni kot ...hihi... aktiviti dengan anak-anak bila cuti ialah aktiviti menconteng...tapi korang tengok je la gambar yang ada ni.... mujur la itu whiteboard marker murah....boleh aku buat magik dengan tisu lembap je... sabor je la kan..... p/s anak-anak suka betul bila ummi dia pandai buat magik...sekejap ada...sekejap takde...hahaha...