Cerita Ita: islam                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel islam

Adab Dalam Berniaga

assalamualaikum semua, baru-baru ni aku terkejut bila dimasukkan ke dalam satu group jualan pakaian di telegram.. pelik juga bila terfikir aku tak pernah pun minta dimasukkan ke dalam group sebegini.. sebab itulah terasa nak tulis pasal adab dalam berniaga.  Adab dalam berniaga Kebetulan waktu tu ada seseorang yang mesej di dalam group yang sama.. menegur tindakan admin memasukkan semua contact number ke dalam group tanpa kebenaran tuan punya nombor.. sedikit sebanyak aku setuju dengan teguran.. cuma aku selalunya ambik pendekatan 'left group' tanpa kata-kata.. begitulah aku buat dalam group tu jugak..  telegram tu pun aku gunakan untuk group sekolah anak-anak dan ilmu online sahaja.. faham-faham je la bila ramai anak ni.. group pun banyak jugak.. bila dimasukkan ke dalam group sebegini sebenarnya agak menganggu jugak..  aku akui aku ada jugak join group jualan lain tapi itu di atas kerelaan aku sendiri.. admin tu guna cara yang aku tulis di bawah dan yang dah ada dalam g...

Peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019

assalamualaikum semua, hari ni semua umat Islam di Malaysia ada peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019.. sebabnya hari ni akan ada peristiwa istiwa' iaitu peristiwa di mana matahari berada tepat di atas kaabah.. peristiwa macam ni julung-julung kalinya berlaku.. dan hari ni kita berpeluang sekali lagi untuk tetapkan arah kiblat di rumah ataupun di pejabat..  Peluang menentukan arah kiblat pada 16 Julai 2019 - kredit gambar Mufti Wilayah Persekutuan waktu yang disarankan adalah tepat pada pukul 5.28 petang waktu Malaysia.. tapi untuk ini korang perlu dulu menetapkan jam yang korang guna tu mengikut waktu tepat berpandukan SIRIM Malaysia dulu ya.. ada caranya.. korang boleh hubungi talian 1051 atau boleh juga layari laman web untuk masa ni di WAKTU SIRIM .. dengan tu baru korang boleh tetapkan arah kiblat mengikut masa yang ditetapkan..  lepas tu macamana pulak caranya nak tentukan arah kiblat yang betul ni? Cara menentukan arah kiblat : 1. C...

Kempen Jadi Kaya dengan Zakat oleh PPZ-MAIWP

Assalamualaikum semua, aku rasa ramai di kalangan kita sebenarnya dah sedar tentang kepentingan berzakat sekarang ni.. lebih-lebih lagi dah banyak pendedahan yang dibuat di sana sini mengenai kepenting berzakat ni bagi umat Islam.. bila sebut zakat je biasanya kita akan ingat zakat fitrah yang sibuk orang nak bayar menjelangnya 1 Aidilfitri setiap tahun tu kan? Kempen "Jadi Kaya Dengan Zakat" Tapi sebenarnya zakat ni bukan zakat fitrah tu je tau.. ada banyak lagi zakat yang patut kita tau.. kebetulan dah hujung tahun ni pulak aku berpeluang hadiri majlis yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – MAIWP atau lebih korang kenali dengan nama PPZ-MAIWP iaitu Kempen “Jadi Kaya Dengan Zakat”.. dari penerangan secara ringkas yang diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dapat la sikit sebanyak tambah pengetahuan.. melalui penerangan beliau terdapat zakat harta yang boleh ditunaikan di sepanjang bulan Disember ni iaitu Zakat Pendap...

Duit Raya Kakak Husna hilang!

assalamualaikum semua, hari ni aku tetiba pulak teringat nak coretkan sesuatu.. pasal duit raya kakak husna hilang di hari raya baru ni.. mesti korang pun sama terkejut dan akan ada soalan.. macamana boleh hilang? kannnn? mehlah aku ceritakan bagi tanda tanya tu berakhir.. Duit Raya Kakak Husna hilang! biasalah kalau dah hari raya ni akan ada budaya beri duit raya untuk anak-anak walaupun ada dah pendapat yang mengatakan memberi duit raya ni merupakan budaya yang ditiru daripada masyarakat agama lain di Malaysia tapi bila nak rujuk hukum memberikan duit raya ni aku lebih suka berpegang pada pendapat yang diberikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan: Budaya Memberi Duit Raya Kami berpandangan, konsep memberi duit raya kepada ibubapa, kaum kerabat, serta kanak-kanak pada 1 Syawal adalah menepati perbuatan sedekah di dalam Islam. Bahkan perbuatan sedekah kepada ibubapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala a...

Tanggungjawab bapa kepada anak

Tanggungjawab bapa kepada anak Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan ilmu yang aku dengar masa tengok rancangan Tanyalah Ustaz hari Selasa hari tu.. tajuk yang disampaikan tu sangat bagus iaitu 'Didik Anak Era Digital' yang dikelolakan oleh Da' Hilman dan Ustaz Elyas Ismail.. antara yang dibincangkan oleh mereka berdua pada waktu tu adalah persoalan yang dikupas dari kisah di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. iaitu apabila ada anak yang mempersoalkan apakah tanggungjawab bapa kepada anak.. Tanggungjawab bapa kepada anak bila dengar soalan ni aku terus rasa nak ambik nota dan buat sedikit catatan yang boleh dicoretkan ke dalam blog ni dan diharapkan akan beri manfaat pada orang lain jugak nanti.. juga buat ingatan bila aku terlupa ke bebila nanti kan..  antara pengisian dalam perbincangan pada pagi tu ialah cabaran mendidik anak di era digital ni.. kebanyakkan anak dah terlalu maju dari segi teknologi sampai lebih ke hadapan daripada ibubapanya send...

Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M

Assalamualaikum semua,  baru je lepas dengar pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tadi mengenai penetapan 1 Ramadan 1439H atau pengisytiharan puasa 1439H/2018M pada tahun ni.. mulanya kami ingat dah terlepas nak dengar pengumuman tadi sebab dah nampak tarikh bermula puasa kat Berita TV1 yang tulisan bergerak-gerak kat belah bawah masa berita tadi.. tapi alhamdulillah dapat jugak kami tengok pengumuman yang julung kalinya nak dapat tengok tu..  Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M dengan pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tu tadi sahlah yang umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Khamis, 1 Ramadan 1439H bersamaan dengan 17 Mei 2018 pada tahun ni.. alhamdulillah berbunga-bunga hati bila dengar pengumuman tadi..  macam ni rasanya setiap tahun menjelang Ramadan.. terasa istimewanya bulan yang satu ni.. kenapa aku cakap macam tu?  sebab aku rasa hati sangat-sangat tenang setiap kali berada dalam bulan Ramadan..  Peng...

Salam Aidiladha 1438H buat semua!

assalamualaikum semua, hari ni umat Islam di seluruh dunia menyambut perayaan kedua terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia.. iaitu Hari Raya Aidiladha atau raya korban.. alhamdulillah kami masih berpeluang menyambutnya pada tahun ni.. Selamat Hari Raya Aidiladha 1438H tahun ni giliran kami menyambutnya dengan ahli keluarga di Johor.. dan kami dah sampai di Johor pada awal pagi Khamis 31 Ogos 2017 semalam.. alhamdulillah perjalanan dipermudahkan walau banyak kali jugak berhenti rehat dan lelapkan mata.. bahaya kalau mata mengantuk kan? jadinya lebih baik la berhenti rehat dulu.. hari ni kami dalam perjalanan nak ke jemputan kenduri rumah besan mak abah ni.. sambil la bawak anak-anak beraya walau hakikatnya hari raya haji biasanya kami banyak masa duduk kat rumah je.. sempena kedatangan Hari Raya Aidiladha ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua pembaca Cerita Ita.. semoga apa jua pengorbanan yang dilakukan akan memberi sedikit ...

12 Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk  21 Ramadhan dah pun.. dah pun memasuki 10 malam terakhir.. dan semua orang berlumba-lumba membuat amal kebaikan yang pastinya akan diberikan ganjaran berganda-ganda oleh Allah SWT nanti.. semua orang berlumba-lumba nak rebut di 10 hari terakhir Ramadhan ni.. termasuk jugak golongan orang perempuan.. 10 malam Ramadhan terakhir Tapi bila sebut je orang perempuan pastinya akan ada masa dalam sebulan itu datangnya tempoh untuk bercuti dari berbuat amalan yang biasanya diwajibkan Allah SWT ke atas semua umat Islam.. bila tiba waktu uzur atau haid atau bercuti ni mulalah ada perasaan sedikit runsing bagi orang perempuan.. kebanyakannya risau sebab tak boleh solat dan mengaji seperti mana lazim di hari biasa.. Tak ramai jugak yang tau bahawa mereka tetap boleh mendapat ganjaran yang berganda walaupun tidak mampu bersolat, berpuasa atau mengaji Al-Quran seperti orang lain yang tidak datang haid.. ada cara-caranya.. meh aku senaraik...

Perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang

Perlaksanaan azan 2 kali di Pahang. assalamualaikum semua, dah masuk 3 Ramadhan dah hari ni.. korang sihat tak setakat hari ni? mana yang tak sihat tu aku doakan semoga Allah pulihkan kesihatan korang dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah sebaiknya dalam bulan yang mulia ni.. mana taknya.. beribadat di bulan Ramadhan ni akan dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain.. sumber - freemalaysiatoday website tapi aku bukan nak ceritakan pasal ganjaran beramal di bulan Ramadhan ni sebenarnya.. ada je aku tuliskan aritu pasal amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadhan kat blog.. ada pun amalan yang sangat mudah nak dibuat.. tak perlukan kemahiran apa-apa pun.. walau kita takde asas agama yang kukuh pun boleh je buat.. takde pengecualian.. yang penting perkara yang kita buat tu dapat memberi manfaat pada diri kita dan orang lain tanpa kita sedar pun.. yang aku nak ceritakan hari ni ialah mengenai perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang.. se...

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan

Amalan Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelang Ramadhan assalamualaikum semua, bersempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia serta ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam di dunia.. semoga kita semua dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dan sihat sepanjang bulan Ramadhan supaya kita dapat beribadah sebanyak mungkin..  Sumber info dan gambar dari Laman Rasmi Mufti WP dan di sini aku nak kongsikan amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika malam menjelangnya bulan Ramadhan.. antaranya ialah doa yang dilakukan oleh baginda iaitu: Ya Allah Ya Tuhanku, naungilah kepadaku dengan kedatangan Ramadhan ini, dengan kebaikan, keamanan, dan juga keimanan dengan keselamatan dan juga keislaman, Tuhanku dan Tuhan kamu (wahai anak bulan Ramadhan) adalah Allah. dikongsikan oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri Cara Menyambut Ramadhan  (Info dari Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan) Terdapat beberapa cara untuk kita menyambut kedata...

Perlu ke dengar lagu?

assalamualaikum semua, Terapi dan Lagu korang pernah tak dengar lagu tapi macam rasa menyirap darah.. bukan marah tapi macam.. eh macamana aku nak cakap eh.. terasa-rasa macam feel la bila dengar lagu tu.. macam menghayati macam tu.. mendengar muzik itu terapi, tapi carilah terapi yang benar-benar terapi aku jarang sangat dengar lagu rasa macam tu kecuali lagu anuar zain.. eh.. hahaha kalau kawan-kawan dari zaman sekolah memang tau la aku ni peminat kipas susah mati Anuar Zain ni.. kira kalau dengar je lagu anuar aku macam terpesona la gitu..hahaha..jangan gelak ok..aku je yg gelak takpe.. hehe.. sampaikan sekarang pun shah.pun sibuk cakap.." ni haa penyanyi yang ummi minat..".. haa ita tau abang jeles kan bang? aku ni tak kisah la lagu apa pun Anuar Zain tu nyanyi pada aku semua sedap.. tapi jangan tak caya aku takde satu pun cd dia tau.. sebab aku punya konsep memang takkan beli punya kecuali kaset Penyanyi lama dulu.. Ahmad Jais.. yang tu memang ak...

Anak, Rotan dan Hanger

assalamualaikum semua, semalam masa dalam kereta sempat la berpeluang dengar slot Bayan Linnas di radio IKIM FM waktu petang sementara dalam perjalanan pulang dari kerja.. pengisian semalam adalah mengenai Islam dan kanak-kanak.. macam tu la lebih kurang.. banyak yang dikupas di dalam slot ini.. perlukah anak dipukul? antaranya bercerita pasal cara mendidik anak-anak dan jugak isu penderaan seksual terhadap kanak-kanak.. tapi satu yang mencuri pendengaran aku semalam adalah tentang cara mendidik anak yang disampaikan oleh  Sohibus Samahah Datuk Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan   yang mana aku pernah dengar sebelum ni dalam ceramah LINUS masa di sekolah anak-anak dulu..  ada pemanggil yang bertanyakan mengenai perbuatan memukul anak untuk mendidik anak tersebut, apakah ianya dibolehkan di dalam Islam? aku terlepas pulak penerangan masa bab ni.. sesiapa kawan-kawan yang tau atau ada dengar boleh komen kat bawah ye.. aku c...

Cerita motivasi mengenai Umar bin Abdul Aziz menginsafkan.

assalamualaikum semua, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah s.w.t. Sejak dari hari isnin aritu aku mula memandu sendiri ke tempat kerja.. dah agak lama tak memandu.. rasa agak kekok mulanya.. gear pun aku tengok beberapa kali untuk pastikan memang dah masuk gear yang betul.. hehehe.. terasa agak lawak jugak mula-mula tu.. maklumlah lesen dah berusia hampir 14 tahun dan dah pernah ulang alik dari Kuantan ke Kota Tinggi dan sebaliknya dulu. kata ganti nama yang sesuai tapi disebabkan dah lama jadi mem besar yang hanya jadi copilot di sebelah pemandu je.. jadi skill bawak kereta dah agak pudar dah pun.. nak kena asah balik perlahan-lahan.. alhamdulillah setakat hari ni, aku berjaya membawa kereta dengan lancar tanpa berlaku apa-apa yang tidak diingini.. semoga selamanya la macam tu.. amin.. tapi bukan kisah memandu kereta yang aku nak ceritakan pun hari ni.. nak ceritakan pasal gelaran dan nama yang selalu kita nak orang gelarkan pada diri kita.. ianya ...

3 perkara yang selalu syaitan bisikkan untuk kita sibuk.

assalamualaikum semua, aku asyik la terlupa nak kongsikan ilmu yang aku dapat dari dengar Radio Nasional FM masa balik kampung baru ni.. masa tu aku sibuk nak siapkan pau untuk dijadikan makanan anak-anak serta adik-adik yang ada kat rumah mak..  Tazkirah jumaat sambil buat pau sambil dengar slot ceramah seorang ustaz di radio.. maaf ustaz.. saya selalu lupa nama orang.. dan sekarang ni saya terlupa pulak nama ustaz yang sampaikan ilmu berguna macam ni.. tapi saya masih tak boleh lupakan suara ustaz yang tegas menyampaikan isi ceramah tu.. insyaAllah akan ingat jugak apa isinya tanpa menulis ketika itu.. ustaz mengingatkan tentang hasutan dan bisikan syaitan.. katanya syaitan tak pernah berhenti dari memperdaya manusia.. ada saja jalan yang dicarinya.. antara usaha syaitan ini yang nyatanya ialah dia nak kita lupa pada perintah Allah s.w.t  dengan melalaikan kita dengan bermacam godaan.. dan kata ustaz lagi ada 3 perkara yang selalu disibukkan kita dal...