assalamualaikum semua, kelmarin tetiba hati jadi sayu.. kisahnya sebab terbaca mesej dari whatsapp keluarga yang adik aku kirimkan.. pasal jiran sebelah rumah kami di kampung.. menurut adik , cik Wahab dah dimasukkan di hospital dan sekarang ni doktor dah puasakan dia.. Sumber ~google~ seorang demi seorang orang tua di kawasan tempat kami tinggal satu masa dulu dimasukkan ke hospital.. dan tak kurang jugak yang pergi meninggalkan kami dengan seribu satu kisah kenangan.. ada jugak yang pergi dengan kenangan yang sangat menyedihkan yang tentunya kami akan ingat sepanjang hayat kami.. dan kelmarin baru je adik aku bagitau pasal keadaan jiran kami ni.. katanya cik Wahab dah tak boleh makan.. doktor tak bagi makan dah.. Allah.. terasa berat dada bila dengar.. terus aku tanya lagi kenapa ? adik ipar aku bagitau maklumat dari isterinya yang cakap ususnya dah bocor dan dah tak boleh bagi makanan.. kalau makan jugak nanti makanan jadi asid dan lagi teruk ususnya.. ok ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.