Cerita Ita: kedai makan sedap                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kedai makan sedap

Singgah di Celup Tepung Hujung Tanjung

Kedai Makan Sekitar Kuantan Assalamualaikum semua, lamanya aku tak tulis pasal makanan kan? Sebenarnya lama aku tak menulis di blog ni. Sebab mood menulis tu dah jauh ke laut dalam. Banyak la sebab antaranya sebab kerja dan kehidupan aku makin seronok dan aku jadi lupa untuk menulis. Tapi hari ni terasa nak tulis pasal kedai makan area Kuantan. Kebetulan aku tengah habiskan cuti beberapa hari kat rumah kami di Kuantan ni jadi sempat la berjalan-jalan cari makan jugak. Jadi aku tulis la sikit-sikit. Celup Tepung Hujung Tanjung  Percaya atau tidak dah bertahun kedai ni wujud dan viral baru ni la kami dapat singgah. Ya ini pertama kali kami datang sini ni. Itu pun benda berlaku tak dirancang pun. Tetiba je tersinggah.  Asalnya kami berjalan ke Tanjung Lumpur ikut jalan dalam kampung lepas kami selesai berbelanja di kedai Eco Bandar Putra. Bila dah sampai kat area Swissbel Hotel Kuantan kami sempat la ambik gambar kat replika sampan tepi pantai. Terus terpandang pulak papan tanda ...

Kedai Makan Near Me Mission : Route 888

Assalamualaikum semua, semalam aku ada tulis kat facebook dah pasal Route 888 ni tapi tak sah la kalau tak tulis kat blog jugak kan? Lagilah bila ada slot baru Kedai Makan Near Me Mission dalam blog ni. Harus ceritalah! Makan-makan di Route 888 Secara jujurnya walaupun aku orang Kluang, ada beberapa tempat dalam Kluang ni yang aku tak jengah sangat. Antaranya yang tak habis ronda ialah Kampung Melayu, Kluang. Jalan terletaknya Kedai Makan Route 888 ni pun aku tak pernah masuk tau. gambar depan kedai ambik dari dalam kereta. gegar2 jadinya Asalnya nak ke kedai lain yang warungnya kat belah atas bukit sikit di penghujung jalan ni tapi rupanya kedai tu dah tutup masa kami sampai. Jadi disebabkan perut lapar kena juga cari kedai lain nak mengisi kekosongan perut kami anak beranak. Tapi memang dari awal lalu depan Route 888 tu kamo terteleng-teleng la kepala bila tengok kedai tu. Pertama sebab ramai orang kat situ. Kedua sebab lampu dia silau benar dari jalan 😅 Sangat mengoda jiwa orang ya...

Makan di restoran sedap di Kuantan : Leesya Corner

assalamualaikum semua, ni antara entri yang terperap dalam draf.. dah lama nak tulis.. sejak kami jumpa restoran sedap ni dulu lagi.. terus terasa nak menulis rekod dalam blog ni pasal kedai makan sedap kat Kuantan ni.. sebab apa tau ? sebab agak susah nak cari restoran sedap di Kuantan ni dengan harga yang berpatutan.. dah ada pun yang komplen katanya Kuantan Bandar Makanan Mahal.. huhuhu.. aku tak nafikan tu.. Leesya Corner tapi aku tak salahkan perniaga jugak, sebabnya macamana nak kekal harga yang berpatutan kalau semua bahan mentah didapati dengan harga yang agak mahal jugak.. memang sangat terasa la.. macam minggu ni.. harga ikan selar kuning mencecah RM15/kg, ikan kembung pulak cicah RM20/kg dan ayam pulak cicah RM8.19/kg... jadi korang rasa kalau jadi peniaga apa la agaknya pilihan yang ada kan.. tu belum lagi cerita harga sayur yang jugak boleh terkejut-kejut melihat harganya.. eh meh balik semula ke cerita kedai makan sedap ni.. nama Restoran ni ialah Lee...

Makan-makan di Hutan Bandar Bistro

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita bulan lepas.. kami berkira-kira dah lama sangat dah nak luangkan masa untuk makan kat luar sekeluarga dengan anak-anak.. tapi selalu je ada halangan.. jadinya sempena anak-anak tengah cuti sekolah la kami rebut peluang ni.. kalau tak lewat petang macam tu baru la sampai ke rumah.. semua muka dah letih nak makan luar pun dah tak larat.. Hutan Bandar Bistro Makan-makan di Hutan Bandar Bistro kali ni kami pilih nak makan kat tempat murah tapi berpatutan yang dah lama orang Kuantan sibuk cerita.. dah bertahun dah.. tapi baru ni la dapat kesempatan nak pegi.. kebetulan pulak sebenarnya tarikh kami pegi tu dekat dengan ulangtahun kelahiran kakak husna.. kebetulan yang tak dijangka la tu.. walaupun ummi sebenarnya dah lupa tau nak.. haha.. tempat yang kami pilih ni tak lain tak bukan dari Hutan Bandar Bistro yang terletak di Pantai Teluk Cempedak Kuantan.. nak cari tempat ni senang je.. korang boleh je halakan waze atau gps ko...