Cerita Ita: keputusan peperiksaan online                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keputusan peperiksaan online

Selamat berjaya dalam peperiksaan wahai Anak..

assalamualaikum semua, minggu ni sibuk sana-sini orang bagi ucapan Selamat Menghadapi Peperiksaan buat yang mengambil Peperiksaan SPM iaitu Sijil Pelajaran Malaysia.. aku pun sama ucapkan selamat maju jaya buat adik shah yang sedang mengambil peperiksaan tu jugak sekarang ni.. semoga kalian semua dipermudahkan Allah untuk menjawab soalan dengan tenang..  surat pemberitahuan peperiksaan akhir tahun dalam sibuk-sibuk orang lain nak periksa besar, anak aku pun tak ketinggalan jugak.. abg long sedang hadapi peperiksaan jugak sekarang ni.. sekarang ni mungkin abg long baru sudah menjawab soalan Matematik 1 dan sekejap lagi selepas rehat akan bersambung dengan Matematik 2 dan Bahasa Inggeris... semoga anak ummi dapat menjawab peperiksaan akhir tahun ni dengan hati yang tenang hendaknya..  semua orang tanya kenapa peperiksaan abg long lambat sangat ? semua orang dah mula cari buku teks.. yang mana hilang pun dah mula cari kat kedai untuk lengkapkan sebelum dipulang...

Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS

untuk entri terbaru dan cara gunakan SAPS terbaru rujuk SINI assalamualaikum semua, disebabkan abg long dah masuk sekolah maka mesti akan ada entry cerita pasal sekolah dan yang sewaktu dengannya... dan beberapa minggu yang lepas dah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah-sekolah di malaysia... dan yang paling mendebarkan bagi ibu bapa ialah bila nak tengok pencapaian anak-anak...lagi la bagi yang baru pertama kalinya macam kami ni... hari esok ada Hari Terbuka sekolah abg long... aku macam gigil-gigil je rasa nak pegi...kejap lagi nak siap sedia soalan yang bakal aku tanya pada guru kelas abg long...hish.. rasa macam nak pegi interview mintak kerja je la.. debar je hati.. huhu.. ini belum anak nak kawen lagi ni.. apa la ita... untuk keputusan peperiksaan abg long aku dah tak rasa risau sangat sebab dah boleh check online sekarang ni... sebenarnya dah lama pun tapi disebabkan selama ni takde anak yang sekolah maka aku memang tak ambik tau sangat la.. deng...