Cerita Ita: kesihatan adik                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kesihatan adik

kami dah boleh keluar..

assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pa...

ujian lagi..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 5 hari aku bercuti... dan masuk 6 hari shah ditahan di KMC... dan aku diuji lagi kelmarin, husna muntah tak berhenti... ni dah masuk 3 hari...hari ni nampak dah ok...cuma aku masih tak bagi susu lagi...risau takut dia muntah lagi bila bagi susu...semalam pun bila abg long minum air milo dia sibuk nak mintak sikit..sudahnya menyembur ke lantai semuanya...letihnya badan...jangan cakap la... ini pun husna tengah baring atas perut...betul-betul nak perhatian ummi dia..lembik je dia dua tiga hari ni...ikut ummi gi hantar abg long dan abg ngah pun dia boleh tertidur kat sebelah...kesian adik... aku tengah berusaha nak bagi dia makan ni...buat bubur nasi semalam sekejap je selera pastu malam dah tak nak...mujur dia nak makan madu dan gula-gula..ada sikit tenaga..tapi air masak memang dia nak..syukur... dan semalam aku tak jenguk shah satu hari...sebab tak larat dah layan orang sakit kat rumah ni pulak.. semoga abg dan adik husna cepat sihat ye....

ngantuk...

salam semua, baru je balik dari hantar najmi ke klinik... letih rasa badan... ngantuk pun ada... semalam najmi mengigau menangis tanpa sebab 2 -3 kali.. rupa-rupanya nak demam.... pukul 3 pagi tadi aku kejut shah mintak dia masuk ubat montot kat najmi... lap2 sikit kepala dia dengan kain basah... baru kebah sikit demam dia... disebabkan hari ni aku kena gi check up kat jalan gambut maka... terpaksa la tangguh hantar najmi ke klinik... dah tengahari tadi baru gi ambik dia dan hantar ke klinik... tadi demam dia masih ada walaupun dah tak panas sangat... suhu dia dah turun 38 degree.... doc siap bekalkan ubat demam dan antibiotik... kesian najmi bergilir je kena makan ubat... baru je baik selsema + batuk ... tetiba kena demam pulak... ni pun badan dia dah pucat dah aku tengok... kalau sakit je mesti kacau hb dia... semoga adik najmi cepat sembuh... ummi susah hati tengok adik asyik nangis je....

pukul 3 pagi...

salam, semalam aku terkejut kerana dikejutkan oleh shah...tepat jam 3 pagi... tetiba je dia duduk kat hujung kaki aku terus keluar ayat... ummi bangun anak berak ni...abis semua basah.... laaa... cuma pelik sikit... sellau aku yang sador dulu tetiba pagi ni dia lak kejut aku... cam ajaib je kan? tak sempat uruskan anak pun dah keluar ayat aku... camne abg leh sador pulak? dia kata pasal kaki abg long kena kat dia tu yang dia terbangun tu...sador2 je bau semacam je... tengok2 adik dah basah kuyup dengan taik... aiseh... terpaksa la kami pepagi buta tu buat operasi pembersihan besar2an... kesian adik merengek2 dia.... sebenarnya dari hari selasa lepas dia kena cirit birit masa pagi sebelum ke taska.... kami pelik jugak sebelum tu dia ok je... tanya2 kat cikgu taska dia kata memang ada budak tadika sebelah yang dah kena masa hari sabtu lagi tapi mak diorang still hantar ke taska jugak... jadi semalam pegi klinik kejap pagi tu... dr bagi ubat dan susu lactose free... bila aku tanya...

hari yg ceria!

salam semua, ceria sungguh rasanya pagi ni...sebabnya matahari mula menampakkan sinarnya...lega sikit rasanya..tapi angin masih kuat kalau sebelah malam...kalau dari rumah tu leh dengar ombak menderu2....kuat betul..kalau sapa yang tak biasa dengar, bunyinya macam bunyi kereta atas jalan raya yang sibuk..camtu la bunyinya...masa memula duduk tepi pantai ni pelik gak dengar bunyi tu (ingat kereta tak putus-putus lalu kan...hehe jakun la tu)...bila shah cakap baru aku perasan...ooo..rupanya bunyi OMBAK! dan hari ni kami leh gi keja naik motor...alhamdulillah... cerita sal anak2 jap la ye, memula abg long....alhamdulillah dah 1 bulan dia tumpang kelas tadika pagi sampai kul 12....tengahari tidur pastu kul 3 gi ngaji lak....dan selepas sebulan dia dah leh mewarna ikut shape, dan baca dan kenal huruf Iqra' sampai huruf ta... selama ni aku ajar pun payah no nak masuk...sekejap je pastu terus nak cium Iqra' tu (ala2 kita cium Al-quran tu)...letih...bila dia mula baca depan aku hari tu...

cerita terbaru adik..

salam lagi sekali... hehehe..tadi kata last entry kan...TIPU....hehehe....tetiba lak teringat nak update pasal adik najmi lak ye...apa nak buat... adik dah pandai macam2... masih menyusu campur2...tapi sekarang ni kalau siang banyak campur susu formula sebab aku tak leh pam macam dulu2..dah tak larat dah... selalu dapat bekal pun sebotol je kat taska...petang balik terus aku susukan sampai malam... gigi dia sejak keluar putih2 dulu demam dan terus tak mau keluar2 dah...nape ek? dia sangat suka makan...sekarang dah makan 3 kali sehari...pagi petang malam...bila dah abis dalam mangkuku tu siap leh jenguk2 lagi tu...aiseh... bulan ni tak timbang berat tunggu 9 bulan esok...tapi baru ni ada gi hospital untuk rutin check darah dia yang dr buat 3 bulan sekali tu.. memula dr kata darah dia tak naik2 sejak 3 bulan lepas...hb dia masih sama 10.3...cepat2 aku cakap masa dia masuk hospital haritu hb dia turun sampai 8.6...dr terus cakap so dah naik la ni...wah...lega aku...tak la serius kan...kal...

keja ke jalan2 ni???

salam semua, saja buat entry nak ambik berkat 11.1.11 pada jam 11.11 pagi...hehe... petang ni kami sekeluarga akan bergerak ke putrajaya...penginapan selama 3 hari 2 malam di Puspanitapuri Putrajaya...hehe..cam gempak je kan... sebenarnya aku kena gi perhimpunan jabatan plus seminar kat sana...disebabkan adik bergayut je sepanjang malam jadi dia tak leh kena tinggal...selama ni pun aku memang menggelak kalau ada seminar atau kursus yang menyebabkan aku kena bermalam..tapi kali ni tak leh nak buat apa dah..bos patutnya kena pegi sekali tapi dia dah nak kena tukar minggu depan jadi dia sibuk packing barang dan sudahkan semua keja2 dia... jadinya secara tak langsung anak beranak ni semua kena ikut sama la...terpaksa lak shah cuti 2 hari ni...mekasih ye bang sebab bagi komitmen...love u so much.... cadang2nya...nak jalan2 kat sunway piramid la...ada permainan tuk bebudak...sempat ke tak ye? k la...aku nak kena gi mesyuarat puspanita jabatan jap ni...see u... p/s: faiz: jangan lupa tau kek ...

najmi update

salam semua, lama dah tak bersiaran panjang2 kan? bulan puasa ni cam padat sikit jadual, masa rasa cam cepat sangat berlalu. terkejar2 je hari2...tetiap pagi start kul 3 dah bangun bagi najmi susu, masak untuk sahur, pam susu, sahur terus tak tidur sampai la gi keja..letih teramat tapi bila tengok muka anak2 tambahan lak tengok adik najmi yang makin sihat terus hilang penat semua entah ke mana...tapi aku make sure kul 10 mlm dah tidur. eh..meleret-leret lak cite sal aku ek? meh2 kita cite sal perkembangan adik najmi... pagi ni aku bawak najmi kat tempat keja, dia elok je tidur dalam carrier dia jadi boleh la aku buat keja, lepas tu kul 11 pg kami gerak gi hospital pasal appointment dia kul 11.30pg...sampai je tak sampai setengah jam dah panggil untuk timbang, lepas tu tak lama gak tunggu dah dapat jumpa doc...ni yang aku suka camni...hehe... bila timbang tadi, berat adik dah naik ke 4.7kg! hah terperanjat ummi...naik 900gm dalm 2 minggu tu..patutlah aku rasa cam dah tak larat nak taha...