Cerita Ita: kidal                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kidal

Selamat Hari Kidal Sedunia!

Assalamualaikum semua, hari ni rupanya hari istimewa buat semua pengguna tangan kiri atau orang Malaysia panggil Kidal kerana hari ni adalah hari sambutan buat semua pengguna tangan kiri di seluruh dunia. Kira hari ni adalah International Lefthanders Day.  Hari Kidal Sedunia Sebelum ni aku tak berapa ambik kisah pasal hari kidal ni pasal aku bukan seorang kidal pun. Tapi disebabkan ada seorang anak kami yang memang dilahirkan seorang kidal jadi aku teruslah jadi nak ambik tahu jugak. Itu pun aku cuma tau pasal kewujudan sambutan hari kidal sedunia ni 3 tahun yang lepas rasanya. Kesian betul 😅 Sambutan Hari Kidal Sedunia atau International Lefhanders Day Setiap tahun telah ditetapkan tarikh 13 Ogos sebagai hari sambutan untuk Hari Kidal Sedunia. Kalau sesiapa yang belum tau macam aku sebenarnya sambutan hari kidal sedunia ni dimulakan pada tahun 1976 lagi oleh persatuan tangan kidal pada masa itu. Dan ianya diteruskan sehinggalah ke hari ini. Kenapa Hari Kidal Sedunia disa...