Assalamualaikum semua, hari ni aku nak tulis pasal Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang. Sebab apa aku nak tulis pasal kedai gunting rambut pulak tetiba ni kan? Sebab aku dan rasa susah nak cari kedai untuk gunting rambut perempuan di Kluang ni yang menepati syarat-syarat kami. Kedai Gunting Rambut Muslimah Apa dia kedai gunting rambut muslimah tu? Bila sebut je muslimah ianya membawa maksud perempuan yang beragama Islam. Jadinya pengendali mestilah perempuan Muslim dan ini adalah ciri-ciri utama untuk menyatakan kedai gunting rambut itu adalah kedai gunting rambut muslimah. Antara ciri lainnya ialah ianya hanya dibuka untuk pelanggan wanita tetapi tidak menerima pelanggan lelaki untuk diberi perkhidmatan. Kedai gunting juga mempunyai ruangan yang tertutup supaya aurat pelanggan tidak didedahkan kepada umum ketika proses menggunting rambut. Penting ke ruangan tertutup ni? Pada aku ianya sangat penting, sebab rambut adalah mahkota seorang wanita. Dalam Islam pula iany...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.