Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19? Assalamualaikum semua, sejak minggu lepas lagi rasanya kes baru harian Covid 19 dalam Malaysia dah makin mencanak naiknya.. katanya seluruh dunia macam ni.. sekeliling kami pun sama.. jadi aku terasa nak tulis pasal apa yang perlu buat jika Positif ujian RTK Covid 19 ni.. aku kongsikan apa yang aku dapat dari pembacaan di page facebook dan telegram ya.. Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19? ada yang kata kenaikan ni puncanya sebab wujudnya varian terbaru Omicron yang sangat cepat menjangkiti orang lain.. mungkin jugalah kan.. macam area tempat kami tinggal ni pun tengoklah perbezaan bila dari bulan Oktober 2021 kami mula pindah ke Kluang dengan perbandingan kes minggu ni Februari 2022.. agak menakutkan.. Kes ketara meningkat berbanding 4 bulan lepas Varian Omicron Dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dilakukan? Ada juga yang bertanya kalau dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.