Cerita Ita: menu rumah terbuka                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel menu rumah terbuka

Juadah Raya Kegemaran

assalamualaikum semua, semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja... kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas... jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi... memula aku punya aktiviti ialah men...

Juadah @ Menu Popular Rumah Terbuka

assalamualaikum semua, dah masuk 6 Syawal tapi masih lagi tak putus dengan undangan rumah terbuka kan? rumah kami tahun 2013 ni tak dapat lagi nak adakan jamuan rumah terbuka untuk Aidilfitri..sebabnya 2 minggu pertama dah memang takde kat rumah dan 2 minggu terakhir dah sibuk bekerja semula..tapi walau kami tak buat rumah terbuka pun bagi sesiapa yang terasa nak sudi nak berkunjung..jemputlah datang ye...tetamu sentiasa diundang..cuma kalau nak datang eloklah beritahu lebih awal..boleh la disediakan dulu apa yang patut... ok meh kita cerita pasal menu yang selalu orang pilih dan tetamu habiskan licin pada majlis rumah terbuka... antaranya... 1. Sate... haaa..yang ni memang popular...sedap ke tak sedap ke tetap habis dulu kan? 2. Lemang ... yang ni bergantung jugak akan habis ke tidak...biasanya bergantung pada lauk yang dihidang sekali bersama lemang.. macam lauk hidangan kegemaran PM kita..rendang 3. Ketupat ..yang ni popular dimana-mana pun rasanya..tapi se...