Assalamualaikum semua, minggu sebelum ni aku dapat mesej dari cikgu kakak husna yang bertanya boleh ke kakak masuk untuk fashionshow atau pertunjukan fesyen sempena sambutan minggu perpaduan? masa tu memang agak terkejut la.. maunya tak terkejut.. tiba-tiba je kan.. princess husna di fashionshow! tapi aku balas jugak.. takde masalah cikgu.. sebab aku rasa kakak husna pun lebih dari suka tu.. maklumlah memang kegemaran dia pun tu melaram.. bercantik-cantik.. sambil berangan jadi princess.. hahaha.. jadi aku setuju je la.. cuma cikgu pesan la suruh ajar dia berjalan ala catwalk dengan baik kat rumah.. masa awal tu aku ajar la dia jalan sikit-sikit.. tapi lepas tu disebabkan aku agak sibuk dengan persediaan bagi ceramah dan kerja-kerja.. latihan kakak husna agak terabai jugak la.. dan waktu aku balik dari mesyuarat hari jumaat tu pun sangat letih sampai tak mampu nak hadap anak-anak hari sabtu tu.. cuma sempat cari kasut baru kakak je untuk persediaan a...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.