assalamualaikum semua, hari nak cerita pasal filem yang sempat kami tonton hujung minggu lepas... filem Storks! sebenarnya pada awalnya kami nak tonton cerita Pete's Dragon untuk claim voucher tiket percuma di Golden Screen Cinemas... tapi disebabkan banyak betul halangan di hari Ahad baru ni makanya plan bertukar semuanya... dan kami akhirnya menonton cerita Storks! STORKS nampak tak gambar preview stork kat panggung pun nampak baby je.. haha kalau tengok gambar pada iklan tu dan preview yang kami tengok di powerscreen semasa menunggu lampu isyarat di lampu isyarat Teluk Sisek hari tu kami cuma bayangkan cerita ni berkisar tentang burung yang buat penghantaran bayi ke sana sini.. haha.. kan ada je cerita dongeng pasal burung ni kan? dan aku tak lupa untuk baca dulu samada cerita ni sesuai tak untuk tatapan kanak-kanak terutama anak-anak yang masih di bawah umur... yelah kalau bukan kita sebagai ibubapa yang kawal apa yang anak-anak tengok siapa lagi yang...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.