Cerita Ita: myeongdong                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel myeongdong

Menggamit Kenangan EDP 79 NHI Korea : Hari Ketiga

assalamualaikum semua, mari kita sambung kisah EDP Korea untuk hari yang ketiga.. kalau ikutkan keseluruhan program EDP ni adalah selama 15 hari termasuk hari pergi dan balik.. dan hari ketiga yang aku maksudkan ialah merupakan hari kedua kami di Korea setelah hari pertama kami sampai tu kami selamat melawat Pulau Nami yang indah .. dan hari ketiga ni merupakan hari pertama program bermula secara rasminya di National Human Resource Institute (NHI) di Korea ni..  Hari Pertama kursus EDP bermula walaupun kalau ikutkan program ni dah lama berlalu.. dah masuk 2 bulan dah pun tapi aku masih terkenang-kenang.. ye la bukan selalu pun dapat rezeki ke negara orang.. dapat ditaja pulak tu.. syukur yang teramat sampai ke hari ni dan perasaan masih tak percaya pun masih ada.. NHI Korea meh kita cerita serba sedikit pasal NHI ni, apa dia NHI ni sebenarnya dan apa yang diorang buat kat sini? haa.. sebenarnya NHI ni asalnya diberi nama COTI iaitu Central Official Train...