assalamualaikum semua, aku akui memang ajal maut ketentuan Allah s.w.t... tapi kalau ianya berpunca dari kecuaian manusia itu sendiri... hmmm entahlah... Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. aku pernah tulis entry pasal perkara seperti ini... di sini.. Cabut bendera parti? Saya Sokong! dan ini yang keluar dalam suratkhabar hari ni..sangat menyedihkan...belum pun bermula PRU 13.. dah ada berita sedih.. Maut tersusuk buluh bendera parti ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher s...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.