Cerita Ita: pegawai                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pegawai

Hampir disaman JPJ kerana lori muatan lebar

assalamualaikum semua, petang semalam tetiba ada yang hantar mesej di kumpulan whatsapp pasal pergerakkan sebuah lori yang membawa muatan lebar.. bila dah baca mesej ni aku rasa sangat bagus zaman sekarang ni tau.. nak tau sebab apa aku kata bagus? sebab aku dulu pernah hampir disaman JPJ kerana muatan lori besar! meh aku ceritakan kesnya.. lori muatan lebar - gambar dari whatsapp  dulu.. masa tu dalam tahun 2004 macam tu.. kejadian ni berlaku masa aku baru lagi la jugak bekerja sebagai seorang Doktor Veterinar di sebuah ladang ayam di Kuantan.. masa aku bekerja kat ladang ni aku memang dikehendaki untuk berulang-alik dari 2 ladang kepunyaan syarikat.. ladang ni satu berada nun jauh di Pahang dan satu lagi tu di negeri kelahiran aku di Johor pada masa tu.. antara salah satu sebab aku terima tawaran kerja sebagai Doktor Veterinar yang bertugas di ladang ni pun adalah sebab aku nak bertugas di tempat yang berhampiran dengan keluarga aku.. ye la kononnya masa tu t...