Cerita Ita: selsema                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selsema

adik hadi mencuba petua selsema

assalamualaikum semua, hari ni kami ada kat kampung, rumah mak shah.. adik shah balik kampung sekejap sempena cuti Thaipusam.. korang pun balik kampung ke? kami tak balik sebab Pahang tak ambik cuti untuk Thaipusam.. budak selsema tetap aktif walau ada kat kampung tapi aku tak lena tidur sejak semalam.. hadi selsema teruk sampai tak boleh nak letak bawah pun.. suasana yang sejuk sangat kat kampung agaknya sampai jadikan adik selsema lagi teruk.. aku dah tersengguk-sengguk sambil meriba adik hadi.. aduhai gini la kalau jadi mak-mak ni.. sebab tu bila dah ada anak baru aku tau macamana pengorbanan mak abah waktu membesarkan kami dari kecik dulu.. aku belek pulak dalam beg alat-alat kecemasan yang biasa kami angkut ke hulu hilir minyak apa-apa yang digunakan untuk kecemasan.. cuma ada vick je.. aduhai.. minyak pati batook ori dengan minyak herba asmak tertinggal pulak.. kecewa abis..  tapi aku cuba jugak la sapu kat bawah hidung, kat batang hidung, kat beti...

Siapa lebih hot? ibu bekerjaya atau surirumah sepenuh masa?

assalamualaikum semua, dah sarapan.... kalau belum sarapan dulu ye... skip sarapan akan jadikan kita lebih gemuk ye...amaran di situ...aku dah...sarapan macam yang kat bawah ni... marveles... hihi.. bubur oat dengan buah-buahan... diet ko!   tengok tajuk hari ni? haaaa... cuba jawab siapa lebih hot? (aku tanya korang ni sambil angkat kening tau) sebenarnya cerita dia minggu lepas la... aku bawak anak-anak gi klinik.... dah semua kena selsema... selalunya aku biar je...malas nak bergantung dengan ubat sangat bebudak kecik ni....aku bagi ubatan macam madu direndam dengan cengkih... pastu bagi je diorang minum air masak banyak-banyak... disamping rendam kain hingus diorang tu dengan klorox... haaa..selesai masalah... in shaa Allah dalam seminggu baik... tapi kali ni selsema husna dah melarat-larat ke batuk yang teruk... kesian la pulak... jadi kami ke klinik sekali lagi.... dapat ubat semua... bagi... still macam tu jugak... last-last aku sapukan dia balm dan sarungkan...

selsema

salam sejahtera semua, sejak pagi tadi asyik menahan hidung yang berlari je ni (kata orang putih la)... tapi serius...last sekali masa aku tunggu sukaneka abg long tadi sudahnya aku melepak je kat tikar dengan adik husna... dah la shah kena keja hari ni...dan aku kena drive dengan bebudak bertiga ni dalam keta...mujur tak jauh..itu pun aku dah menari sakan dalam keta nak bagi husna senyap dari menangis...malam ni shah kena ot pulak... kepala berat tak boleh nak cakap macamana...rumah pulak? arrrghhh lagi tak boleh nak cakap dah... kejap lagi nak ajak anak-anak tidur la...tak larat dah ni... p/s sempat lagi tengok safiyya cerita pasal handbag kat Johor Premium Outlet...hehe...perempuan...