Cerita Ita: sinar harian                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sinar harian

Muka keluar dalam surat khabar Sinar Harian

assalamualaikum semua, semalam aku janji nak buat entri khas pasal ni kan ? hehe.. jangan la marah.. bukan selalu pun nak dapat peluang muka keluar dalam surat khabar.. ini kan pulak Sinar Harian (walaupun kemudiannya orang cuma akan guna untuk alas nasi lemak je pun  #eh).. bagi la aku can sikit.. can tu sebutannya 'chan' ok.. bukan 'kan'.. abg ngah selalu guna perkataan ni kalau nak menang pertarungan apa-apa dengan abg long.. "ala.. bagi la saya can sikit.. sekali je lagi..". padahal dah berkali-kali pun gitu jugak.. muka keluar dalam surat khabar - kredit gambar whatsapp dari BLOGGER ADDA eh kita sambung kisah muka keluar dalam surat khabar ni.. sebenarnya aku bukan la popular pun.. jauh sangat kalau nak banding dengan artis.. meh aku cerita macamana kisahnya aku boleh terpilih masuk dalam surat khabar Sinar Harian ni.. sebenarnya ni gara-gara tangan gatal aku yang suka sangat komen kat status orang.. tak kira siapa la.. kalau agak apa yan...

'Saya hanya mahu beruk'

assalamualaikum semua, tetiba terbaca sinar harian pulak hari ni... ada kisah sedih kat situ... meh baca meh.... beruk dibaham ular KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63, yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber rezeki  ditelan ular sawa kelmarin. Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah. sedih kan? kalau korang nak berita penuh baca la kat sinar harian... p/s aku nak cadangkan makcik tu jual ular tu dan beli beruk baru... err..agak2 makcik tu kena saman dengan perhilitan tak ye?

Susulan berita warga emas maut diserang gajah

salam sejahtera semua, ini entry susulan merujuk kepada entry semalam Warga Emas Maut Diserang Gajah dah aku dapat pun cerita penuh dia dari sinarharian.... 27 November 2012 KLUANG - Seorang warga emas meninggal dunia selepas dipercayai diserang gajah liar di kebun kelapa sawitnya berhampiran Kampung Orang Asli Punan, Kahang, di sini petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Toh Sam Yit, 79, dari Taman Lian Seng di sini ditemui meninggal dunia dalam kecederaan parah oleh beberapa penduduk orang Asli kampung berkenaan, kira-kira pukul 6.30 petang. "Toh bersama seorang cucu lelakinya yang berumur 14 tahun pergi ke kebun tersebut pada pukul 4 petang. Dia dikatakan memeriksa tanaman sawitnya seorang diri manakala cucunya menunggu di pondok di tengah kebun," katanya hari ini. bahaya betul kalau dalam hutan bersendiri kan? kalau nak baca penuh leh tengok kat Sinarharian .. p/s ada report perlu dibereskan.....nanti la kita ci...

laaa... harap...baru nak lompat-lompat...

salam sejahtera semua, tadi aku baru je cerita pasal kenaikan gaji nak dikajikan? ingat macam berita baik untuk semua penjawat awam... sekali kawan aku komen kat POST ni... terus aku terjah.... sekali dia keluar gini pulak dah.... pastu aku try lagi... kali ni berjaya.... dan ini hasilnya... Kajian semula gaji hanya libatkan 20% penjawat awam SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN 1 November 2012 Cuepacs KUALA LUMPUR - Cuepacs berkata kajian semula gaji kakitangan yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa semalam, hanya melibatkan 20 peratus penjawat awam yang sudah pun mencapai paras gaji maksimum. Timbalan Presidennya, Azih Muda berkata, pihaknya mengalu-alukan langkah itu memandangkan kira-kira 20 peratus daripada 1.3 juta kakitangan awam sudah pun mencapai tahap maksimum dan mereka harus diberi perhatian supaya tidak ketinggalan. jadi pada sesiapa yang baru nak berangan lompat-lompat kegumbiraan macam aku tu.... sila maklum o...