Cerita Ita: sungai                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sungai

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!

assalamualaikum semua, aku nak sambung kisah cuti sekolah anak-anak pulak kali ni.. ada waktu sebelum masuk kerja ni kita manfaatkanlah masa yang ada.. jadi marilah kita update blog.. tengok tajuk mesti rasa seram kan.. haha.. maklumlah berkubang tu biasanya untuk kerbau je orang guna kan.. tapi kali ni aku kata berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best..  takkan kerbau pegi sekolah pulak kan.. hahaha.. dah pastilah ni aktiviti anak-anak bukan kerbau tau..  Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!  kalau nak tau bagi yang tak biasa kalau area tempat aku dibesarkan istilah berkubang tu lebih kepada merujuk aktiviti mandi di sungai atau parit yang berair la.. kalau sungai atau parit kering takde air tu tak pernah pulak kami panggil berkubang.. berkubang ni merupakan aktiviti kegemaran waktu kami kecik dulu.. selalunya memang tak rupa orang la kalau lepas balik berkubang.. tapi secara jujurnya aku yang anak perempuan masa tu selalu kena tinggal tau.. lelaki ...

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

assalamualaikum semua, sebenarnya banyak sangat cerita yang dah tertangguh nak tulis.. tapi mari kita ceritakan cerita yang baru je berlaku dalam masa terdekat ni ye.. baru-baru ni aku ada hadiri kongres di sebuah resort yang cantik di tepi pantai.. nama resort tu ialah Tok Aman Bali Beach Resort.. cantik betul hotelnya.. pasal kongres tu nanti aku cerita ye.. banyak info menarik jugak mengenai vet.. masa awal-awal tau dpat peluang hadiri kongres ni aku dah mula nak survey tempat nak tinggal bermalam.. biasanya kalau penjawat awam mesti nak cari yang sesuai dengan kelayakan yang dia dapat kan? makanya aku pun survey dulu hotel kat mana kongres tu diadakan.. bila tengok google map... alamak.. macam jauh je dengan hotel lain.. jadinya aku terus buat keputusan call je la Tok Aman Bali Beach Resort tu sendiri untuk tanya harga bagi semalam di situ.. memula aku tengok dulu website diorang dan aku tengok ada tulis kat situ harga satu malam RM298 untuk bilik Deluxe... dan...