Cerita Ita: tak berjaya                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tak berjaya

Kakak Husna tak berjaya!

assalamualaikum semua, berita ni aku dapat minggu lepas sebenarnya... tapi nak kongsi dengan korang asyik la tak sempat.. banyak betul perkara kena buat dari minggu lepas lagi... jadi serabut pulak rasanya hidup aku tetiba... haha.. macam la banyak sangat kan? ok aku nak cerita pasal kisah kakak husna tak berjaya tu sebenarnya... suka gambar ni.. dua-dua kesayangan hamba! macam ni ceritanya... tahun depan kan kakak husna dah masuk 6 tahun kan.. walaupun umur dia cuma akan genap enam tahun bila sampai pertengahan bulan 12 tapi dia tetap dikira masuk 6 tahun jugaklah kan.. dan maknanya kakak husna dan 2 tahun berada kat PASTI yang sama.. mungkin pada setengah orang ok je kot... silibus PASTI kan ok..  ye aku tak nafikan ok.. silibus PASTI sangat ok dan cikgu-cikgunya pun sangat bagus... banyak surah dah kakak husna hafal pun setakat ni.. dan aku sangat berpuashati dengan layanan cikgu-cikgu terhadap anak-anak.. takde satu pun yang tak ok tentang tu...  t...