Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 1hb Muharram 1445H dalam kalender Islam. Sekejap je setahun dan berlalu dan tibanya awal Muharram semula. Semalam semua orang tentunya dah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun kan? Hari ni juga tentu ada yang dah niat puasa sunat awal Muharram juga. Hari ni juga hari terbaik untuk kita mulakan sesuatu yang baru atau berhijrah kepada yang lebih baik. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah! Bulan Muharram dalam Kalender Islam Setiap awal Muharram ataupun 1hb Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Ianya membawa maksud diharamkan iaitu bulan yang dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Ianya juga popular dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah. Tahun ini telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bahawa tarikh 1 Muharram 1445H adalah pada 19hb Julai 2023 dan ditetapkan sebagai cuti umum awal Muharram tahun baru Islam bagi semua negeri-negeri...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.