Assalamualaikum semua, baru ni kami beli sayur bendi. Terus teringat waktu kami bincangkan cara nak pilih dan cara nak bezakan bendi tua dan bendi muda. Ada tips sebenarnya nak pilih bendi ni dulu aku belajar. Belajar dari orang tua-tua sebelum tu dan kemudian barulah tau pasal cara memilih bendi muda dengan mudah selepas tu. Paling kami suka bila bendi muda dimasak goreng pecah telur. Bendi Sebelum kita nak tau cara pilih bendi marilah kita belajar tentang bendi serba sedikit. Tanaman bendi, juga dikenali sebagai "okra" dalam Bahasa Inggeris, adalah sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah hijau panjang dengan tekstur berbulu. Buah bendi ini biasanya digunakan dalam masakan di seluruh dunia, kerana ia mempunyai rasa unik dan kaya dengan khasiat kesihatan. Ada juga yang memanggil bendi dengan nama kacang lendir. Nama botani bagi bendi ialah ABELMOSCHUS ESCULENTUS (L) MOEANCH. Bendi tumbuh dalam iklim yang panas dan kawasan yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi....
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.