Cerita Ita: unimom allegro                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel unimom allegro

Breastpump terpakai untuk dijual dengan harga murah : Set Spectra 3 dan Unimom Allegro

assalamualaikum semua, lama tak bersiaran.. sibuk menguruskan adik hadi di rumah sekarang ni.. inshaaAllah satu hari nanti nak tulis pasal kelahiran adik hadi pulak.. tapi buat masa ni ada sesuatu kena highlight dulu.. aku nak jual breastpump aku yang ada sekarang ni.. aku nak jual dua-dua set ni dalam satu pakej yang sama..maknanya dua barang ni dengan satu harga.. ok..kita cerita detail pam ni dulu.. pam 1 : Spectra 3 spec : pam elektrik single @double usia : pam ni dah berjasa dekat 4 tahun dah pada aku dan anak-anak.. condition : keadaan pam buat masa ni masih tip top dan pembelian pam ni akan disertakan dengan 2 set breastshield terpakai jugak..maknanya boleh buat double pumping.. ;) tak ada kotak akan mengiringi pam yang dijual..harap maklum ya.. harga beli : RM499 pam 2 : unimom allegro (SOLD @ TERJUAL) spec : pam elektrik @ bateri ; single @ double usia : dah lebih 2 tahun condition : pam masih tip top dan setiap pembelian akan disertakan dengan 2 set breastsh...

Aktiviti tegar..

salam sejahtera semua, selamat bekerja dalam mood raya lagi.... ni aku tengah keja sambil nak tambah stok susu si husna.. bersama unimom allergro tersayang... ceh... p/s teringin nak bangun pam malam cam dulu tapi tak laratnya badan sejak akhir-akhir ni...

keluar daerah pertama kalinya tanpa husna..

salam semua, minggu lepas aku tak berapa sempat nak update kan apa2 entry pun kat sini... ni sempena rehat jumaat ni ambik kesempatan sekejap la... 5 April baru ni aku diarahkan buat pertama kalinya ke luar daerah untuk menghadiri seminar... seminar tu kat Subang Jaya... kami pergi berempat termasuk bos dan driver... disebabkan aku dan seorang lagi pegawai kami sama-sama baru lahirkan anak... pegawai lagi sorang ni baru sehari naik keja... maka bos dengan baik hatinya bagi kami gerak pagi2 dari kuantan ke subang jaya.... bermula la perjalanan kami selama lebih kurang 4 jam ke subang jaya tu... kami bertolak dari kuantan jam 5 pagi... sampai sana lebih kurang jam 9 pagi gitu la... aku pepagi dah bangun..(sebenarnya tak lena tidur pun)... lepas tu siap2 mandi semua aku susukan husna kejap sementara tunggu driver sampai ambik kat rumah... alhamdulillah anak2 ok duduk dengan ayah dia... aku dah siap pun sebotol susu untuk shah bagi pagi sebelum ke taska..(sebab selalu pepagi sebelu...

review Pam Unimom Allegro..

salam semua, aku ada janji kat korang nak review pasal pam yang baru aku beli ni kan? haha... aku nak kotakan janji ni..... satu perkataan untuk pam ni.... SUPERB! best woo pakai pam ni dan aku sangat puas hati... ada beberapa perkara yang buat aku rasa best dan sangat berbaloi pakai pam ni... pertama, pasal masalah ruang untuk puting yang sempit kalau pakai breastshield untuk spectra dan medela tu kan... dah settle dengan breastshield  unimom ni... korang bezakan sendiri dengan gambar ni ye... sebelah kiri tu spectra punya dan sebelah kanan tu unimom punya...(unimom tu panjang sikit kan?) dulu kalau spectra aku selalu kena guna ni untuk bantu... pumpin pal... kedua, pasal senang bawak travel memana.... pakai bateri 2A 4 biji sama macam medela... cuma bateri tu boleh pakai sampai 5-6 kali pam je la... lepas2 tu masih boleh cuma kuasa dia dah tak maksimum cam bateri baru je la.. ketiga, pasal dia boleh jugak pakai elektrik... sangat senang nak guna kat rumah....

yahooo... pam UNIMOM ALLEGRO baru dah sampai!

salam semua, korang ingat tak entry ni ? kat sana aku ada cerita pasal nak beli pam baru kan? alhamdulillah aku dah leh beli pam baru... dah lama aku berangan nak ada pam ni... UNIMOM ALLEGRO dulu memang ada yang boleh pakai bateri dan elektrik sekali tapi cuma single pam je dan aku macam tak bape serasi la kot pasal aku rasa suction dia tak cukup kuat... yang ni aku try sekejap tadi kuat lebih kurang spectra tapi ni aku cuba try test je tadi tau... belum betul2 cuba lagi ni... yang baru ni.... ini la dia... aku belum try lagi jadi tak boleh nak bagi review ye... mungkin esok lepas aku guna kat rumah.... ;) unimom allegro ni aku boleh guna kat rumah.... yang spectra ni boleh terus tinggal kat opis... letih dah rasa mengedong beg berat2 selama dekat 2 tahun ni.... p/s semoga rezeki husna semakin bertambah2 hendaknya.... amin...