Cerita Ita: utusan malaysia                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel utusan malaysia

Ya Allah...

salam semua, sekadar nak berkongsi..terdiam seketika bila baca berita ni... Keputusan kes ibu bunuh bayi dalam tandas 25 Januari PULAU PINANG 5 Jan. - Nasib seorang ibu muda yang didakwa di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya di dalam tandas kilang tempatnya bekerja, dua tahun lalu akan diketahui pada 25 Januari ini. Pada tarikh itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim akan membuat keputusan sama ada memerintahkan Nurul Syuhada Shamsudin, 21, membela diri atau membebaskannya daripada tuduhan tersebut. Beliau menetapkan tarikh tersebut hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Mokhtar selesai mengemukakan penggulungan hujah di akhir kes pendakwaan. Nurul Syuhada yang memakai baju kurung ungu dan tudung warna sama dilihat tenang sepanjang prosiding dengan sesekali menoleh ke arah ahli keluarganya yang duduk di galeri awam. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya di antara pukul 3 pagi dan 7 pagi, 31 Disember 2009 ...